Ayat seribu dinar ini adalah sebahagian
dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya
mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga
menampalkan pelekat Ayat seribu dinar ini di premis perniagaan
mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah
maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai,
seperti selepas solat.
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan Ayat
seribu dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai
ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan
ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan
bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan Ayat seribu dinar ini ialah dengan bertaqwa dan
bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.
Kalau menampalkan pelekat Ayat seribu
dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur
dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita
mengamalkan ayat seribu dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai
cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga
kalau kita baca ayat ini
beribu-ribu kali dalam
sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang
betul mengamalkan Ayat seribu dinar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar